Laporan siasatan awal nahas MH17 dikeluarkan hari ini (9 OGOS 2014)

KUALA LUMPUR : Laporan awal siasatan mengenai tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17  yang diketuai Lembaga Keselamatan Belan...





KUALA LUMPUR: Laporan awal siasatan mengenai tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17  yang diketuai Lembaga Keselamatan Belanda, DSB  akan disiarkan menerusi laman web agensi berkenaan, hari ini.

Ia boleh dilayari menerusi laman www.safetyboard.nl mulai jam 0800 GMT atau  sekitar 4 petang waktu Malaysia.

Belanda menjadi pihak bertanggungjawab dalam menyediakan laporan hasil siasatan nahas pesawat berkenaan yang dikatakan ditembak jatuh di timur Ukraine 17 Julai lalu.

Nahas itu mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 193 rakyat Belanda dan lebih 40 warga Malaysia.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers