UPSR penyebab kematian?

   Jabatan Pendidikan Pahang hari ini menafikan seorang calon ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dari sebuah sekolah di sini m...

  


Jabatan Pendidikan Pahang hari ini menafikan seorang calon ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dari sebuah sekolah di sini meninggal dunia kerana tertekan ekoran kebocoran beberapa kertas peperiksaan itu baru-baru ini.

Pengarah Pendidikan Negeri,Rosdi Ismail berkata dakwaan yang mengatakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Wira meninggal dunia akibat tekanan perasaan pada Selasa lepas, seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak berasas.

"Tiada kaitan dengan peperiksaan, saya sendiri telah menemui ibu bapa murid berkenaan dan mereka menafikan dakwaan sepertiyang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan'stress'," katanya.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers