50,000 pelajar tak dapat PTPTN

Sekitar 50,000 pelajar baharu ke intitusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta tahun hadapan dikhuatiri tidak mendapat pinjaman P...




Sekitar 50,000 pelajar baharu ke intitusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta tahun hadapan dikhuatiri tidak mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berikutan masih ramai peminjam lama yang gagal melunaskan tunggakan bulanan mereka.
Sumber PTPTN berkata, langkah drastik terpaksa diambil jika dana pusingan masih tidak mencukupi untuk menampung jumlah kemasukan pelajar pada tahun hadapan berikutan tunggakan yang terus meningkat.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, PTPTN juga tidak semestinya mengurangkan jumlah peminjam sebaliknya boleh memilih untuk mengurangkan jumlah pinjaman yang diberikan kepada setiap pelajar.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3ExRnVUYr 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers