Adakah orang minyak kembali?

Puluhan pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam yang tinggal menyewa di Pangsapuri Astana Alam 3 dekat sin...


Puluhan pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam yang tinggal menyewa di Pangsapuri Astana Alam 3 dekat sini bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah diselubungi seribu misteri apabila kawasan perumahan itu diganggu ‘ninja bogel’.
‘Ninja bogel’ yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelajar itu dikatakan akan muncul secara tiba-tiba di depan pelajar perempuan yang pulang lewat malam ke pangsapuri itu.
Dalam beberapa kes, ‘ninja bogel’ itu pernah mengetuk pintu rumah yang disewa pelajar-pelajar wanita terbabit pada lewat malam. ‘Ninja bogel’ itu dikatakan hanya berhenti mengetuk pintu sehingga penghuninya membuka pintu rumah.
Semasa kemunculan ‘ninja bogel’ yang digambarkan tanpa seurat benang kecuali bahagian muka dan kepala ditutup dengan baju-T berwarna hitam, ‘ninja bogel’ itu hanya berdiri kaku dan melihat gelagat mangsa-mangsanya yang menjerit ketakutan dan lari lintang-pukang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3FJqGBqgj 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers