Amaran puting beliung sekitar KL & Putrajaya?

Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan mengeluarkan amaran puting beliung yang dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putraja...



Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan mengeluarkan amaran puting beliung yang dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya esok.
Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) Jabatan Meteorologi, Alui Bahari berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan maklumat itu yang kini tersebar dalam aplikasi WhatsApp.
"Ia maklumat palsu...hentikan penyebaran maklumat itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Maklumat itu mendakwa kononnya ribut petir selaju 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j) akan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Oktober yang dijangka boleh menyebabkan fenomena puting beliung di kawasan berkenaan. - Bernama

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers