Apa sudah jadi antara Astro dan telefilem Saloma?

Stesen televisyen berbayar, Astro tidak mempunyai perancangan untuk melakukan sebarang tindakan lanjut berhubung desakan pihak keluarga...



Stesen televisyen berbayar, Astro tidak mempunyai perancangan untuk melakukan sebarang tindakan lanjut berhubung desakan pihak keluarga Allahyarham A.R Tompel yang meminta agar telefilem biopik Saloma dihentikan siarannya secara serta merta.
Penolong Naib Presiden Bahagian Komunikasi Astro, Syarifah Hani Noraiza berkata, buat masa ini, pihaknya masih tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu yang dibangkitkan menerusi telefilem berkenaan.
“Maaf, kami tidak boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.
Pihak keluarga arwah A.R Tompel bakal mengadakan sidang akhbar mengenai isu tersebut di Panggung P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada pukul 3 petang, esok.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz3FXN2vJje 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers