Bajet 2015 ; Bajet untuk rakyat?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini, bajet terakhir dalam Rancan...




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini, bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Seperti pelan tindakan kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan semalam membayangkan bahawa Bajet 2015 merupakan belanjawan 'pro-rakyat' dan meliputi langkah-langkah mengurangkan beban kos hidup.

Antara lain, Bajet 2015 akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Perdana Menteri juga menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers