(4 Gambar) Bumbung jejantas lebuhraya di Johor Bahru runtuh

Bumbung sebuah jejantas pejalan kaki di Lebuh Raya Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh pada kira-kira 4.3...







Bumbung sebuah jejantas pejalan kaki di Lebuh Raya Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh pada kira-kira 4.30 petang hari ini ketika hujan lebat.
Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, kejadian itu menyebabkan seorang pemandu lori cedera setelah tersepit dalam lorinya yang dihempap bumbung itu.
Dua buah kereta dan sebuah motosikal turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu.
"Ketika penyelamatan dibuat, didapati seorang mangsa lelaki iaitu pemandu lori tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba.
"Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dengan ambulans," menurut kenyataan itu.
Pihak bomba menghantar sebuah jentera bersama sembilan anggota sebaik menerima panggilan tentang kejadian itu pada 4.36 petang dan tiba di lokasi kejadian pada 5.05 petang. - Bernama

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers