Doodle Art terpanjang di Malaysia.

Penghasilan lukisan 'Doodle Art' terpanjang oleh seramai 348 pelajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam...

Penghasilan lukisan 'Doodle Art' terpanjang oleh seramai 348 pelajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah (PMS) di sini melayakkan mereka menempa rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).
Penghasilan lukisan spontan itu sepanjang 528.8 meter menggunakan cat dan pen dihasilkan selama lima hari oleh para pelajar yang terlibat terdiri daripada jurusan Diploma Rekabentuk Grafik dan Diploma Media Cetak.
Pengarah PMS, Wan Muhammad Afifi Wan Abdullah berkata, Doodle Art adalah suatu lukisan spontan melalui contengan kasar namun mempunyai keunikan tersendiri apabila kerja akhir lakaran itu dibuat.
"Lukisan ini boleh ditafsirkan sebagai lakaran contengan tanpa perlu memikirkan sesuatu yang berat.
"Rekod terbaharu ini adalah yang pertama seumpamanya dianugerahkan dalam negara ini selepas ia memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MBOR," katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Sijil MBOR di PMS di sini hari ini.
Menurut Wan Muhammad Afifi, lukisan bertemakan 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta' itu dilukis menggunakan cat pelaka, pen teknikal dan pen marker di atas kain rentang berwarna putih yang berukuran selebar 0.7 meter tinggi dan sepanjang 528.8 meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz3G14CoCVJ 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers