Dota 2 membuahkan hasil yang lumayan!

SETIAP hari selepas pulang dari sekolah, Muhammad Firdaus Mohd. Fadzil, 18, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk singgah ke ke...




SETIAP hari selepas pulang dari sekolah, Muhammad Firdaus Mohd. Fadzil, 18, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk singgah ke kedai internet.
Kedai internet yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Jinjang Utara, Kepong, Kuala Lumpur itu merupakan lokasi Firdaus menghabiskan masa bermain e-gaming bersama rakan-rakannya.
E-gaming ialah permainan video online yang dimainkan dengan menggunakan platform komputer.
Bermula secara suka-suka sekadar untuk mengisi masa lapang, ia bertukar menjadi hobi selepas hampir tiga tahun berkecimpung dalam dunia e-gaming.
Selepas berjaya memahirkan diri dalam beberapa permainan e-gaming seperti Mission Against Terror (MAT) dan Defence of the Ancents 2 (Dota 2), Firdaus dan rakan-rakannya mula mencuba nasib dengan menyertai beberapa pertandingan e-gaming yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur.
“Pada mulanya, saya menyertai pertandingan e-gaming atas ajakan rakan-rakan. Namun, selepas melihat kemampuan diri, saya mula bergiat secara aktif dalam permainan e-ga­ming dan menyertai pertandingan yang lebih besar,” kata Muhammad Firdaus kepada Infiniti ketika menceritakan penglibatannya dalam aktiviti itu.
Muhammad Firdaus merupakan salah seorang daripada lima ahli kumpulan EDP ROG yang menyertai pertandingan e-gaming pada program Digital Campus (DC) 2014 di Pusat Konvensyen Sunway Piramid, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm#ixzz3HckumFfO 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers