Gangguan bekalan air ditunda.

Penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban yang dijadualkan pada 14 hingga 15 Oktober ditunda kepada 28 Oktobe...




Penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban yang dijadualkan pada 14 hingga 15 Oktober ditunda kepada 28 Oktober ini atas sebab-sebab tertentu.
Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd (Sains), Norzita Ismail berkata, waktu dan kawasan terlibat adalah sama seperti notis sebelum ini.
"Bagaimanapun, Sains akan mengeluarkan notis baharu berkenaan tundaan tarikh ini dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz3FcF8CZcA 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers