Isu Astro dan telemovie Saloma tiada penyudah?

Waris Allahyarham AR Tompel telah mengemukakan tiga tuntutan kepada pihak Astro berhubung penayangan telemovie biopik Saloma Mencur...




Waris Allahyarham AR Tompel telah mengemukakan tiga tuntutan kepada pihak Astro berhubung penayangan telemovie biopik Saloma Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh yang ditayangkan sejak 28 Ogos lalu di saluran Astro First Eksklusif.
Peguam yang mewakili waris arwah, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, notis tuntutan tersebut telah dihantar kepada Astro pada 26 September lalu.
"Antara tuntutan yang dikemukakan ialah meminta penayangan telemovie berkenaan dihentikan serta merta, satu permohonan maaf daripada pihak Astro dan proses rundingan untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.
"Bagaimanapun, Astro menerusi peguam mereka sudah membalas surat tuntutan kami itu yang diterima semalam, tetapi saya tidak boleh menjelaskan kandungan surat berkenaan kepada umum," ujarnya dalam satu sidang akhbar bersama waris arwah AR Tompel yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz3FeCugGhv 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers