Mamat Khalid masuk hospital?

Pengarah terkenal, Mohamad Mohamad Khalid, 51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid terpaksa dikejarkan ke Hospital Assunta, Pe...




Pengarah terkenal, Mohamad Mohamad Khalid, 51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid terpaksa dikejarkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pukul 8 pagi tadi akibat serangan jantung.
Menurut isterinya, Hasmah Hassan, 50, Mamat dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian dada.
Keadaan pengarah itu dilaporkan stabil dan sedang mendapat rawatan di Unit Jagaan Koronari (CCU).
"Kami sekeluarga berada di Kuala Lumpur untuk sesi persiapan Festival Filem Malaysia (FFM) di Seremban, namun ada pukul 8 pagi tadi, dia mengadu sakit di bahagian dada.
"Saya terus menghantar dia ke hospital terdekat kerana bimbang sakitnya berpanjangan. Selepas mendapat rawatan awal, doktor terpaksa menahannya di wad berikutan tekanan darahnya yang tinggi melepasi paras normal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz3HiTR8sVA 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers