MUET Band 5 membebankan?

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak telah mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2015 untuk meningkatkan syarat kemasuka...



Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak telah mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2015 untuk meningkatkan syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan syarat bergraduasi berdasarkan keputusan Malaysian University English Test (MUET).

Syarat kemasukan dan syarat bergaduasi masing-masing dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Band 2 dan Band 3. Kelihatannya yang paling mencabar adalah bagi pelajar perubatan dan undang-undang iaitu Band 4 untuk kemasukan dan Band 5 untuk bergraduasi.

Orang awam di luar sana terutamanya yang “menikmati” kefasihan komunikasi Bahasa Inggeris dalam golongan urban kelihatannya menyambut baik cadangan ini serta menyatakan serba-serbi kelemahan mahasiswa dan anak muda berbahasa Inggeris ini.

Pada dasarnya, kita tidak boleh menafikan bahawa sememangnya kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris menjadi kemestian dalam mendepani dunia kerjaya professional dalam pelbagai bidang. Tidak perlu rasanya berhujah panjang tentang hal itu.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers