Perhimpunan membantah kenaikan harga petrol

Bersih (2012) Perhimpunan membantah kenaikan harga petrol yang dirancang diadakan pada jam 4.00 petang Sabtu di Dataran Merdeka disif...


Bersih (2012)


Perhimpunan membantah kenaikan harga petrol yang dirancang diadakan pada jam 4.00 petang Sabtu di Dataran Merdeka disifatkan sebagai perhimpunan haram.

Demikian menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa seperti yang dilaporkan sebuah portal beritaThe Starhari ini.

Tajuddin berkata tiada sebarang permohonan dibuat pihak penganjur seperti yang tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, sehingga kini, masih belum jelas siapa penganjur sebenar, meskipun 'jemputan' untuk acara tersebut telahpun tersebar di media sosial serta aplikasi WhatsApp sejak semalam (Khamis).

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers