Pesta arak di Malaysia cemari bulan Haji

Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan pesta j...


Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan pesta jualan arak Oktoberfest diadakan di negeri ini sejak bulan lalu tanpa mengira sensitiviti umat Islam.
Menurut mereka, sikap biadab kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membenarkan promosi pesta anjuran Carlsberg Malaysia itu secara keterlaluan tidak patut berlaku. Oktoberfest merupakan pesta jualan arak yang menjadi tradisi turun-temurun di Jerman dan cuba dikembangkan di negara ini secara terbuka oleh syarikat pengeluar arak ternama itu.
Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 di sini untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3FQ7h94Yj 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers