Rakyat Malaysia ditembak mati di Narathiwat

Seorang rakyat Malaysia ditemui mati ditembak dalam sebuah kebun getah di Narathiwat. Mayat Sukri Ismail atau nama panggilannya Mat...



Seorang rakyat Malaysia ditemui mati ditembak dalam sebuah kebun getah di Narathiwat.
Mayat Sukri Ismail atau nama panggilannya Mat Yei Kudung, 50, yang beralamat Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan, dijumpai kira-kira 10 pagi ini.
Kapten Monteri Janmuang dari Balai Polis Daerah Rusak di sini, berkata, polis menerima laporan tentang penemuan mayat itu daripada Penolong Ketua Kampong Bangol Laweng, Mukim Batong, Rusak, Annuar Cheknae pada pukul 10 pagi ini.
"Mangsa berpakaian baju polo dan seluar jeans mati ditembak dengan pistol yang tak dikenal pasti jenisnya di bahagian kepala dan belakang.
"Daripada siasatan polis, dipercayai mangsa dibawa ke tempat kejadian oleh dua atau tiga lelaki untuk dibunuh dan telah melawan serta cuba melarikan diri tapi gagal," katanya. - Bernama

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers