Rumah terbakar ketika bakar lemang

non-related Keriangan suasana sambutan Aidiladha tahun ini bertukar tragedi buat sebuah keluarga di Kampung Kuala Jengai, Hulu Du...


non-related


Keriangan suasana sambutan Aidiladha tahun ini bertukar tragedi buat sebuah keluarga di Kampung Kuala Jengai, Hulu Dungun apabila rumah mereka hangus terbakar malam tadi.
Che Osman Ahmad, 74, berkata ketika kejadian kira-kira 9.30 malam, beliau sedang membakar lemang bersama-sama tiga anak dan menantunya di rumah anaknya yang terletak berhampiran rumahnya.
"Kami semua terdengar satu bunyi letupan yang kuat, saya menjengah untuk melihat dan tidak sangka ada kebakaran di satu daripada bilik di rumah kami ... semua tidak dapat diselamatkan.
"Pak cik sempat lari masuk ke dalam rumah dan capai beberapa dokumen penting saja sebelum api marak. Syukur tiada yang cedera," katanya ketika ditemui Bernama di tempat kejadian malam tadi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz3FFxbrjDC 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers