Tiket Final Piala Malaysia 2014 untuk dijual!

TIKET untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) akan mula dijual di negeri...



TIKET untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) akan mula dijual di negeri masing-masing esok.
Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan sebanyak 90,000 keping tiket kepada para penyokong bagi menyaksikan perlawanan berprestij itu dan daripada jumlah tersebut, kedua-dua pasukan masing-masing diperuntukkan 40,000 tiket.
Bagi melancarkan penjualan tiket tersebut, FAM turut menyarankan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor untuk membuka kaunter jualan di setiap daerah di negeri masing-masing.
Baki 10,000 keping tiket lagi akan dijual menerusi atas talian bermula esok.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, kesemua tiket akan diagihkan kepada pengurusan negeri masing-masing hari ini dan kaunter penjualan akan dibuka pada keesokan harinya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3HOzVZ4S6 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers