4.6 juta warga asing masuk secara haram

PUTRAJAYA – Sebanyak 6.7 juta pekerja asing didapati bekerja di negara ini dan jika trend ini tidak dibendung, mereka mempunyai pelu...



PUTRAJAYA – Sebanyak 6.7 juta pekerja asing didapati bekerja di negara ini dan jika trend ini tidak dibendung, mereka mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi negara.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, daripada jumlah tersebut hanya 2.1 juta pekerja asing mempunyai permit dan bakinya iaitu 4.6 juta memasuki negara ini secara haram.
“Jumlah 6.7 juta pekerja asing itu adalah anggaran Jabatan Perangkaan kerana kita tiada jumlah sebenar golongan tersebut.
“Anggaran itu mengikut nisbah seorang pekerja asing yang mempunyai permit akan membawa sekurang-kurangnya seorang pekerja yang tiada permit,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3IpZsjvJm 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers