Aliff Aziz mabuk?

KUALA LUMPUR - Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz menafikan sekeras- kerasnya dakwaan yang mengatakan dia dimasukkan ke sebuah ...



KUALA LUMPUR - Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz menafikan sekeras- kerasnya dakwaan yang mengatakan dia dimasukkan ke sebuah hospital di negara tersebut gara-gara mabuk.
Aliff, 23, mengakui pernah dimasukkan ke hospital baru-baru ini kira-kira pukul 3 pagi, tetapi ia disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.
"Saya mengaku ada dimasukkan ke hospital pada awal pagi, cuma lupa tarikhnya bila. Bagaimanapun, ia disebabkan saya telah pitam di rumah dan terpaksa dibawa ke hospital menggunakan ambulan.
"Sebenarnya saya ada masalah sukar membuang air kecil dan mengambil beberapa ubat yang diberikan doktor. Namun begitu, ubat berkenaan tidak sesuai dengan tubuh saya sehingga pada satu masa membuatkan saya pitam," ujarnya ketika ditemui Kosmo! Online di sini hari ini.
Baru-baru ini, ada seorang individu yang memberi komen di Instagram adik penyanyi berkenaan iaitu Aisyah dan menyatakan ternampak Aliff dimasukkan ke hospital di Singapura kerana mabuk pada 23 Oktober lalu. Bagaimanapun, komen berkenaan telah pun dipadamkan.
Sementara itu, ketika ditanya tentang aktiviti seninya sekarang ini, Aliff memberitahu dia bakal muncul dengan album terbaharunya berjudul Rebirth.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1106&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_34.htm#ixzz3IHWwtavR 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers