Astro cari duit lagi!

Board of Directors Astro PETALING JAYA - Stesen televisyen berbayar Astro kini menawarkan lebih banyak pilihan dengan penambahan 10...


Board of Directors Astro

PETALING JAYA - Stesen televisyen berbayar Astro kini menawarkan lebih banyak pilihan dengan penambahan 10 saluran baharu khusus untuk pelanggan setia mereka.
Kesemua 10 saluran yang akan bersiaran bermula 16 November ini termasuk lapan buah saluran berdefinisi tinggi (HD) dan dua saluran berdefinisi standard (SD).
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, para pelanggan sentiasa memberikan inspirasi kepada kami untuk terus melakukan pembaharuan.
“Kami kini semakin konsisten membawakan pelbagai program terbaik dan terkini dari dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran di sini, hari ini.
Saluran HD baharu yang ditawarkan oleh Astro adalah Fox Family Movies HD (Saluran 434), Fox Action Movies HD (430), HITS HD (720), FYI HD (736), Astro AEC HD (306), Astro Shuang Xing HD (307), DIVA HD (723) dan Fox HD (724).
Selain itu, stesen televisyen berbayar itu turut memperkenalkan dua saluran SD baharu, ZooMoo (saluran 619) dan Celestial Classic Movies (321).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_30.htm#ixzz3IlHYgiyO 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers