Azmin gagal sebagai MB Selangor?

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilihat tidak melakukan sebarang pembaharuan menjelang 100 hari memegang jawat...




KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilihat tidak melakukan sebarang pembaharuan menjelang 100 hari memegang jawatan berkenaan.

Ahli PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) berkata, apa yang ditunjukkan Azmin selepas menjadi menteri besar tidak langsung menunjukkan pembaharuan selain hanya gimik kepada media.
Ujarnya lima sebab utama yang dilihat punca kegagalan Azmin ialah cuba menjuarai isu sisa pepejal, jalan raya,  Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), bekalan air terawat dan pengembalian semula kitab Bible yang sudah dimula bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Punyalah begitu obses hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Azmin memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’.
"Kalau pun ia kempen yang perlu cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya," katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/lima-sebab-azmin-gagal-sebagai-mb-selangor-chegubard-48726?cp

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers