Cadangan rotan pelajar dikembalikan

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cadangan untuk mengembalikan semula kuasa merotan pelajar ke...



KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cadangan untuk mengembalikan semula kuasa merotan pelajar kepada sekolah akan dikaji secara terperinci oleh semua pihak yang terlibat.
Menurut Idris, Kementerian Pendidikan akan mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dengan mengadakan perbincangan bersama ibu bapa dan guru bagi memastikan masalah sosial dalam kalangan pelajar berkurangan.
“Apa yang penting bukanlah mengenakan hukuman rotan kepada mereka, tetapi menerapkan budaya kasih sayang yang perlu diamalkan dalam sesebuah sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge 2014, di sini hari ini.
Katanya, beliau percaya dengan menerapkan budaya kasih sayang antara guru dan pelajar serta sesama pelajar, masalah sosial dalam kalangan mereka akan berkurangan. - Bernama

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers