Chong Wei mungkin digantung?

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei disahkan positif bahan terlarang ' dexamethasone ...




KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei disahkan positif bahan terlarang 'dexamethasone' dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway, Rabu lepas.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria memberitahu sidang media pada Sabtu bahawa beliau menerima keputusan rasmi itu daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Jumaat.

Bagaimanapun, nama pemain tersebut masih belum boleh didedahkan sebelum selesai proses siasatan dijalankan oleh BWF, katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Chong Wei terbabit dalam skandal doping selepas bahan 'dexamethasone' ditemui dalam air kencingnya semasa ujian rawak dijalankan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers