Dollah Salleh kecewa dengan skuad Harimau Malaya

KEKALAHAN 0-3 skuad Harimau Malaya kepada Syria pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam  telah mengundang pelbagai persepsi terha...



KEKALAHAN 0-3 skuad Harimau Malaya kepada Syria pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam  telah mengundang pelbagai persepsi terhadap kemampuan skuad bimbingan Dollah Salleh itu dalam kalangan para peminat serta pemerhati sukan tempatan.
Ramai yang menganggap para pemain skuad Harimau Malaya itu kekurangan semangat patriotik sehingga begitu mudah hilang fokus untuk menyaingi kehebatan Syria.
Para pemerhati juga mendapati beberapa pemain dilihat gagal memberikan prestasi terbaik berbanding ketika beraksi dengan pasukan negeri yang mereka wakili.
Selain itu, kekalahan itu juga menimbulkan rasa panik buat peminat-peminat terhadap kemampuan Harimau Malaya untuk memberi cabaran pada kempen Piala AFF Suzuki 2014 yang akan bermula di Sigapura pada 23 November ini.
Dollah ketika ditemui semalam menjelaskan bahawa dia kecewa dengan mutu permainan yang dipamerkan skuad kendaliannya pada aksi menentang Syria malam kelmarin.
“Pada aksi separuh masa pertama, kami bermain dengan baik walaupun dibolosi seawal minit ketiga. Saya fikir mutu permainan kita menurun selepas gawang kami bolos lagi pada awal babak kedua dan daripada saat itu, para pemain tidak dapat mengikut rentak seperti aksi pada separuh masa pertama.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers