Harga minyak bakal turun?

Credit ; Malaysian Insider PUTRAJAYA – Kerajaan menghapuskan sepenuhnya subsidi untuk petrol RON95 dan diesel bagi membolehkan kaed...


Credit ; Malaysian Insider

PUTRAJAYA – Kerajaan menghapuskan sepenuhnya subsidi untuk petrol RON95 dan diesel bagi membolehkan kaedah pengapungan terkawal (manage float) dilaksanakan ke atas bahan api itu bermula 1 Disember ini.
Bagaimanapun, pelaksanaan kaedah tersebut dijangka memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati harga minyak lebih murah daripada harga sekarang iaitu RM2.30 untuk seliter petrol RON95 dan RM2.20 seliter untuk diesel, susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia pada waktu ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek  berkata, selepas tarikh 1 Disember, tiada lagi subsidi diberikan ke atas dua jenis minyak tersebut.
Katanya, Kabinet yang bermesyuarat pada pagi semalam bersetuju melaksanakan kaedah tersebut sebagaimana yang ditetapkan ke atas penjualan petrol RON97 sejak Julai 2010.
“Tiada lagi subsidi selepas 1 Disember dan petrol dijual mengikut harga pasaran. Tapi sekarang ia (harga mentah dunia) menunjukkan trend me­nurun,” katanya pada sidang akhbar mengenai pelaksanaan harga petrol dan diesel selepas mesyuarat Kabinet di sini semalam.
Hasan memberitahu, penelitian kerajaan selama 19 hari bermula 1 November lalu mendapati harga purata bagi RON95 di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit pada masa ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3JlWZkq4M 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

1 comments

  1. Kesian sangat dengan nasib hidup rakyat yg x bekerja kan.. hidup rakyat makin terhimpit.. jemput blogwalking.

    ReplyDelete

Followers