Kematian bapa sebelum menduduki SPM

SEREMBAN - Walaupun baru kematian bapanya petang semalam, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini tetap bersemangat mend...



SEREMBAN - Walaupun baru kematian bapanya petang semalam, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini tetap bersemangat menduduki peperiksaan bagi menunaikan permintaan bapanya yang mahu dia berjaya.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan, Nur Diyana Abdul Rahman, 17, berkata, dia membawa semangat yang ditiupkan bapanya kepada dirinya untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran.
“Saya amat bersedih dengan pemergian ayah saya. Saya akan belajar rajin-rajin untuk menunaikan permintaan ayah yang ingin melihat saya menjadi seorang cef.
“Lagipun ramai saudara-mara yang datang memberi kata-kata perangsang kepada saya dan itulah antara sumber kekuatan saya,” katanya.
Anak bongsu dari empat beradik ini berkata, arwah bapanya amat suka dengan sambal ikan bilis yang dimasaknya. - Bernama

p/s- Sedih aku baca. Sama sama kita doakan roh ayahnya tenang disana dan Allah permudahkan segala urusan Nur Diyana. InsyaAllah. 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers