Keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh

Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan bagi kesalahan meliwa...




Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat dan hukuman penjara lima tahun ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim, berkata mereka memerlukan lebih banyak masa untuk membuat keputusan.

Beliau turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar sebanyak RM10,000 sementara menunggu keputusan mahkamah tertinggi itu. Pendengaran rayuan berlangsung selama lapan hari bermula 28 Okt.

Empat lagi hakim yang bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada membenarkan atau menolak rayuan Anwar bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas selepas ia membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan ketua pembangkang itu.


Baca lebih lanjut di sini ; http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1083048

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers