KJ ingin nampak hebat?

KUALA LUMPUR : Hasrat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk membawa usul transgender semasa Perhimpunan Agung ...




KUALA LUMPUR: Hasrat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk membawa usul transgender semasa Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini dilihat sebagai langkah untuk menarik perhatian masyarakat semata-mata.

Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, pemilihan usul sensitif itu dilihat sebagai langkah Pemuda untuk menjuarai isu semasa perhimpunan kelak.

"Dia (Khairy) hendak ambil perhatian dengan menjadikan isu agama yang sensitif sebagai antara usul Pemuda dan melihat bagaimana pendirian parti kelak.

"Khairy sendiri ahli politik, tetapi bertindak lebih daripada ulama, dia hendak nampak hebat dengan membawa isu sebegini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Pada Sabtu, Khairy memberitahu akan membawa isu transgender semasa Perhimpunan Agung UMNO selepas melihat kebimbangan Pemuda terhadap isu berkenaan sudah tidak dapat dibendung lagi, selain mahu masyarakat tahu pendirian parti terhadap isu berkenaan.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/hasrat-khairy-bawa-usul-transgender-ke-perhimpunan-agung-umno-dibidas-48495?cp

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers