Layanan seks dijadikan sebagai ganjaran rasuah!

Gambar Hiasan ALOR SETAR – Seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ker...

Gambar Hiasan

ALOR SETAR – Seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah berupa layanan seks untuk meluluskan permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Menurut sumber, suspek itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini kira-kira pukul 2 petang semalam.
“Suspek didakwa meminta rasuah berupa layanan seks untuk membantu meluluskan permohonan rumah PPRT oleh beberapa ibu tunggal di negeri ini,” katanya di sini semalam.
Kata sumber itu lagi, tangkapan dibuat hasil daripada maklumat yang diterima dan proses risikan yang telah dijalankan sejak beberapa bulan lepas.
“Ini merupakan satu perbuatan keji yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai kerajaan,” ujarnya  -KOSMO

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers