Lee Chong Wei akhirnya bersuara

WALAUPUN dihimpit dengan kontroversi doping, namun pemain badminton No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei tetap menjalankan rutin hariann...



WALAUPUN dihimpit dengan kontroversi doping, namun pemain badminton No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei tetap menjalankan rutin hariannya dengan menjalani latihan seperti biasa.
Chong Wei kini digantung sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan selepas ujian sampel B yang dianalisis di Hospital Universiti Oslo, Norway pada 5 November lalu didapati positif bahan terlarang dexamethasone.
Bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu tidak akan menjadikan kontroversi yang terpaksa dilaluinya itu sebagai penghalang untuk meneruskan latihan biarpun masih belum mengetahui hukuman sebenar yang bakal diterimanya kelak.
“Saya kini sudah kembali mengikuti latihan di gelanggang dan saya juga melakukan rutin latihan fizikal kerana bagi saya hidup perlu diteruskan walaupun saya masih menunggu keputusan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
“Sudah lebih sebulan episod ini bermula dan saya membuat keputusan untuk terus memberikan tumpuan kepada latihan supaya tahap kecergasan saya dapat dikekalkan.
“Saya juga sangat menghargai para peminat dan penyokong saya yang menghantar mesej-mesej sokongan kepada saya. Saya juga berterima kasih kepada pihak media kerana menghormati privasi saya sepanjang isu doping ini didedahkan.
p/s- Kalau korang tak baca lagi apa sebenarnya yang berlaku pada Lee Chong Wei, baca sini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3Ije1ITOZ 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers