Malaysia berhutang!

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan hutang kerajaan Malaysia tidak mengancam kedudukan ekonomi nega...



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan hutang kerajaan Malaysia tidak mengancam kedudukan ekonomi negara, malah pencapaian ekonomi negara turut dicemburui negara lain.
Beliau berkata, hutang negara berada pada paras 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara lain.
“Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte semalam, beliau (Rutte) mengakui keadaan ekonomi Malaysia jauh lebih baik berbanding kedudukan ekonomi Belanda.
“Saya memetik kata-kata Rutte, ‘Saya mencemburui prestasi ekonomi anda’,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau berkata, kedudukan ini dilihat tidak mengancam kedudukan ekonomi negara dan ia turut dipersetujui oleh negara luar. - Bernama

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers