Malaysia rugi FMFA 2015 diadakan di Singapore?

Bagi mereka yang kurang mengenali, FMFA adalah festival muzik terbesar di Asia Tenggara. Bermula dari Australia, festival ini merupak...





Bagi mereka yang kurang mengenali, FMFA adalah festival muzik terbesar di Asia Tenggara. Bermula dari Australia, festival ini merupakan francais Australia's Future Entertainment sejak 2006, membawa penyanyi, DJ, ahli muzik kelas pertama.

Persembahan FMFA yang pertama telah diadakan di Sepang, Malaysia pada tahun 2012 dan dirasmikan oleh bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Dr Ng Yen Yen.

Sejak daripada itu, FMFA telah memberi sumbangan yang boleh dikatakan besar kepada industri pelancongan dan ekonomi negara.

Salah satu harapan kerajaan adalah untuk mencapai 70,000 pengunjung daripada luar negara untuk acara antarabangsa yang diadakan di negara sebelum 2020.

Dengan FMFA, jumlah itu adalah ideal dan boleh dilihat sebagai satu pencapaian yang boleh dipenuhi. Kita lihat FMFA2014 sebagai contoh. Extravaganza muzik ini telah menarik 75,000 peminat festival muzik dan sebahagian daripada jumlah ini, 30,000 merupakan pengunjung daripada luar negara.

Secara realistiknya, FMFA sebenarnya mampu membantu meningkatkan pengunjung dari luar negara secara konsisten pada setiap kali festival ini dijalankan di Malaysia.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers