Mangsa banjir pertama di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar Tingkatan Satu menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas terjatuh ke dalam telaga di...






KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar Tingkatan Satu menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas terjatuh ke dalam telaga di Kampung Jelapang di Setiu kira-kira pukul 4 petang semalam.
Mangsa, Norsyakirah Izati Nazliza, 13, ditemui lemas di dalam sebuah telaga di belakang rumah datuknya dan tidak menyedari terdapat telaga lama kerana kawasan itu digenangi air banjir sehingga paras lutut.
Dalam pada itu, jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 2,543 berbanding 141 orang petang kelmarin.
Sebanyak 16 pusat pemindahan telah dibuka di Kuala Terengganu, Marang, Besut dan Setiu.
Majlis Keselamatan Negara melalui laman webnya memaklumkan, daerah Kuala Terengganu mencatatkan jumlah mang­sa tertinggi dengan 1,704 mangsa daripada 435 keluarga.
Ia melibatkan sebanyak 11 pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak, SK Gong Tok Nasek, SK Bukit Petiti, SK Chendering, SK Tok Jiring, SK Tok Jembal, SK Tanjung Gelam, SK Bukit Nenas, SK Teluk Ketapang, SK Atas Tol dan Dewan Sivik Gong Badak.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3Jau2WQbN 


Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers