Maut dilanggar keretapi di JB

Gambar hiasan Seorang lelaki maut akibat dilanggar keretapi di Kilometer 750 arah ke Kempas-Johor Bahru di sini hari ini. Ketua P...


Gambar hiasan

Seorang lelaki maut akibat dilanggar keretapi di Kilometer 750 arah ke Kempas-Johor Bahru di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi.
Beliau berkata, lelaki terbabit yang berumur sekitar 30-an ditemui terlentang kira-kira dua meter dari landasan dengan pergelangan buku lali kaki kanannya putus selain kecederaan pada paha kanan dan kepala.
"Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.07 pagi.
"Keretapi ekspres itu dalam perjalanan dari Woodlands, Singapura menuju Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan.
Pemandu keretapi tersebut dilaporkan memberhentikan keretapi berkenaan pada jarak 200 meter dari tempat kejadian selepas kejadian untuk meminta bantuan sebelum meneruskan perjalanan. - Bernama

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers