Mutu pengadilan final Oppo Piala Malaysia 2014 dipersoal?

MUTU pengadilan Liga Malaysia sekali lagi menjadi pertikaian peminat-peminat selepas aksi final Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasion...



MUTU pengadilan Liga Malaysia sekali lagi menjadi pertikaian peminat-peminat selepas aksi final Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi dicemari pelbagai keputusan yang disifatkan tidak munasabah.
Pengadil perlawanan, Nagor Amir Noor Mohamed dikatakan gagal mengawal suasana perlawanan yang menyaksikan pemain pertahanan Pahang, Mohd. Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah kerana mengasari tonggak skuad Johor Darul Takzim (Johor DT), Amri Yahyah pada minit ke-67.
Bagaimanapun, kekurangan seorang pemain tidak menghalang Pahang mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas terikat 2-2 pada 120 minit permainan.
Beraksi pada separuh masa pertama, Pahang terlebih dahulu mengasak benteng pertahanan Harimau Selatan sebaik perlawanan bermula menerusi duo berbisa, Dickson Nwakaeme dan Matias Ruben Conti.
Skuad Tok Gajah membuka tirai jaringan seawal minit ke-15 menerusi Nwakaeme yang berjaya menanduk masuk hantaran cantik hasil sepakan percuma Azidan Sarudin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3HttSB1Qj 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers