Pelajar universiti ditangkap kerana memiliki novel Orwell

Gambar hiasan Seorang penuntut Universiti Cairo diberkas pihak polis Mesir pada Ahad kerana membawa novel berjudul, 1984 oleh novelis...


Gambar hiasan


Seorang penuntut Universiti Cairo diberkas pihak polis Mesir pada Ahad kerana membawa novel berjudul, 1984 oleh novelis popular George Orwell yang menggambarkan kehidupan masyarakat ‘distopia’di bawah pemerintahan diktator yang berlandaskan sistem hirarki.

Pelajar berusia 21 tahun itu ditahan di pagar masuk utama universiti tersebut dan barangan peribadi termasuk dua telefon bimbit, dua pemacu USB dan cakera keras turut dirampas, menurut petikan akhbar Mesir, Al-Masry  Al-Youm.

Laporan itu turut memetik yang pihak berkuasa menjumpai beberapa keping nota milik pelajar tersebut yang menyebut ajaran khalifah Islam dan cara menggunakannya di sesebuah negara.
 

Novel yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1949 ini berkisar watak protagonis, Winston Smith yang berusia 39 tahun dan pemberontakannya terhadap pemerintahan diktator dalam sistem hirarki.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers