Penganjur "I want to touch a dog" bersuara!

PUTRAJAYA – Selepas menerima tekanan daripada pelbagai pihak, penganjur program ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ akhirnya mengaku kesilapan ...



PUTRAJAYA – Selepas menerima tekanan daripada pelbagai pihak, penganjur program ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ akhirnya mengaku kesilapan mereka setelah diberikan teguran serta nasihat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya memberikan teguran agar pihak terbabit tidak lagi menganjurkan program yang me­nyentuh sensitiviti umat Islam pada masa hadapan.
Beliau berkata, perkara itu disampaikan dalam pertemuan selama satu jam setengah diketuai Pengerusi Panel Pakar Syariah Jakim, Datuk Seri Hassan Ahmad dengan lima wakil penganjur program tersebut di sebuah hotel di Seri Kembangan, Serdang, Selangor semalam.
“Melalui pertemuan itu juga, penganjur mengaku salah dan menerima teguran serta berjaya akan lebih berhati-hati dalam menganjurkan sebarang program pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Dua wakil daripada Majlis Agama Islam Selangor turut hadir dalam pertemuan tersebut.
Program ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ yang dianjurkan di Dataran Bandar Utama, Petaling Jaya pada 16 Oktober lalu menimbulkan kecaman orang ramai setelah gambar-gambar orang Islam termasuk wanita bertudung memegang serta memeluk anjing tersebar melalui media sosial.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3IMTWvIhZ 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers