Penjual nasi lemak dipenjara 12 bulan

Gambar Hiasan KUALA LUMPUR - Seorang penjual nasi lemak dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini ...


Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang penjual nasi lemak dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memukul isterinya selepas enggan memberikan wang RM50 yang diminta tertuduh.
Majistret Nurul’Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Ariffin Sahak, 43, selepas mengaku salah setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Ariffin didakwa dengan sengaja memukul iterinya, NoorLela Abdul Rani, 49, di bahagian leher menggunakan tangan di Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz bersebelahan Hospital Kuala Lumpur pada pukul 10.20 pagi, 17 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tempoh setahun atau denda boleh sampai RM2,000, atau kedua-duanya sekali. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz3JVxMvfes 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers