Persoal kutip 20 sen dari kempen tanpa beg plastik

Gambar Hiasan GEORGE TOWN, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini diminta menjelaskan berhubung kutipan 20 sen beg pl...


Gambar Hiasan


GEORGE TOWN, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini diminta menjelaskan berhubung kutipan 20 sen beg plastik yang diperoleh daripada pasar raya yang mengambil bahagian dalam kempen Tanpa Beg Plastik.

Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata tidak ada undang-undang yang memperuntukkan bahawa kerajaan negeri boleh mengutip wang itu kerana penglibatan pasar raya dalam kempen berkenaan adalah secara sukarela.

"Dalam soalan bertulis saya ada bertanyakan berkenaan kutipan 20 sen beg plastik menerusi kempen Tanpa Beg Plastik.

"Jawapan yang diberikan, setakat ini semua pasar raya kebanyakannya telah pun mengambil bahagian dalam kempen ini secara sukarela," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Kempen Tanpa Beg Plastik dilancar Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 1 Jan 2011.

Ia melibatkan semua pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, restoran nasi kandar dan kedai serbaneka termasuk stesen minyak.

Lim dilaporkan berkata wang yang dikutip itu akan disalur kepada akaun Rakan Anti Kemiskinan di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kemudiannya menjelaskan bahawa kerajaan negeri mempunyai sistem untuk mengutip wang berkenaan seterusnya disalur kepada bendahari kerajaan negeri.

-- BERNAMA

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers