Pesawat lain berada dekat dengan MH17 ketika diudara

Keraguan baru mengenai bagaimana pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Ukraine  timbul ekoran laporan bahawa beberapa pesawat ...




Keraguan baru mengenai bagaimana pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Ukraine  timbul ekoran laporan bahawa beberapa pesawat tentera telah dikesan di udara sewaktu kejadian itu berlaku.

Menurut laporan saluran berita Rusia RT.com, sebuah syarikat perunding keselamatan udara Rusia telah mendedahkan satu gambar dengan bacaan yang diambil oleh sebuah stesen radar yang terletak berhampiran sempadan Ukraine.

Laporan yang memetik Ketua Pegawai Eksekutif Perunding Keselamatan Penerbangan, Sergey Melnichenko, berkata "terdapat satu atau dua pesawat perang di udara berdekatan dengan pesawat Malaysia itu."

"Data itu jelas menunjukkan bahawa pada masa kemalangan tersebut dan selepas itu, terdapat kapal terbang bergerak ke arah utara perjalanan pesawat tersebut.  Kemungkinan besar, itu adalah kapal terbang tentera, kerana tempat itu sangat rapat antara satu sama lain. Kesimpulannya, terdapat satu atau dua pesawat di situ, " kata Melnichenko.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers