Peserta Mentor berang terhadap Mas Idayu

Ceritanya bermula apabila ratu dangdut yang terkenal dengan kelantangan bersuara itu terlibat dalam uji bakat sebuah program realiti n...




Ceritanya bermula apabila ratu dangdut yang terkenal dengan kelantangan bersuara itu terlibat dalam uji bakat sebuah program realiti nyanyian kendaliannya. Fokus rancangan itu memaparkan Mas Idayu yang tidak berminat untuk mengambil salah seorang peserta uji bakat tersebut untuk digilap menjadi anak muridnya. Tidak seperti situasi biasa, alasan penolakan Mas Idayu tidak boleh diterima oleh peserta uji bakat terbabit sehingga mencetuskan suasana tegang.
Tidak puas hati dan berang ekoran tidak terima masuk ke dalam program berkenaan, peserta itu secara terang-terangan mempersoalkan kredibiliti Mas Idayu. Lebih dramatik, penyanyi yang sudah 22 tahun berada dalam industri muzik itu diherdik peserta berkenaan.
Padahnya, atas nama realiti, Mas Idayu harus menahan telinga apabila diselar sebagai bukanlah seorang penyanyi hebat, bahkan ton suaranya juga tidak sedap.
Adegan itu disiarkan dalam program realiti terbitan sebuah stesen televisyen swasta


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz3JbQSn1gM
 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers