PGSM perangi isu lelaki berpakaian wanita

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM ) Khamis menubuhkan kumpulan 'Lawyers For Islam' untuk membantu pihak berkaitan memfailk...




Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Khamis menubuhkan kumpulan 'Lawyers For Islam' untuk membantu pihak berkaitan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam.

Setiausahanya Moeis Basri berkata kumpulan itu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, namun berpendapat kes itu perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan kerana perbuatan tersebut melanggar syariat Islam.

"Walaupun menghormati keputusan mahkamah, PGSM berpendapat perlunya keputusan itu dirayu dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan untuk isu tersebut diberi pertimbangan semula dari segi aspek undang-undang yang sah dan terpakai di Malaysia.

"Melalui kumpulan ini, kita akan bertemu dan membantu kerajaan, Majlis Agama Islam Negeri dan institusi berkaitan Islam yang terlibat untuk membentangkan aspek perundangan yang berkaitan dalam prosiding mahkamah tersebut," katanya pada sidang media di sini. - BERNAMA

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers