Pondan boleh berpakaian lelaki. LGBT bakal menyusul?

KUALA LUMPUR : Lelaki transgender kini boleh berpakaian wanita berikutan keputusan Mahkamah Rayuan.  Panel tiga hakim yang diketuai ...





KUALA LUMPUR: Lelaki transgender kini boleh berpakaian wanita berikutan keputusan Mahkamah Rayuan. 

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus yang termasuk Hakim Aziah Ali dan Lim Yee Lan membuat keputusan Seksyen 66 Enakmen Syariah (Negri Sembilan) 1992 tidak sah dari segi perlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan Artikel 5, 8,9 dan 10 laporMalaysian Insider.

Sebelum ini menjadi satu kesalahan bagi golongan lelaki yang beragama Islam untuk memakai dan berkelakuan seperti wanita.

Keputusan ini juga memberi maksud undang-undang yang berkaitan yang diamalkan di negeri dan wilayah persekutuan juga batal dan tidak sah, berdasarkan laporan yang sama.

Artikel 5(1), 8(1), 8(2), 9(2) dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan memastikan hak kebebasan asasi rakyat Malaysia.

Keputusan ini dilakukan selepas rayuan tiga transgender yang beragama Islam yang menyatakan Seksyen 66 Undang-Undang Syariah tidak sah dari segi perlembagaan.

Mereka dakwa seksyen itu mendiskriminasi hak bersuara, hak untuk bergerak dan hak mereka untuk hidup tanpa diganggu.

“Kami melihat keputusan ini selepas deklarasi yang diminta daripada ketiga-tiga perayu ini selepas keputusan yang dilakukan oleh Mahkamah Tinggi.

“Pakaian adalah satu bentuk ekspresi seseorang, di mana pandangan kami dilindungi di bawah Artikel 10 (Kebebasan Bersuara),” kata beliau dalam satu laporanThe Star.


p/s- Bila pula LGBT nak diluluskan di Malaysia ni? Tahniah Malaysiaku!

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers