RON95 dijual mengikut kaedah apungan mulai Disember

PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan untuk menggunakan kaedah pengapungan terkawal (manage float) bagi penjualan RON95 dan diesel bermu...



PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan untuk menggunakan kaedah pengapungan terkawal (manage float) bagi penjualan RON95 dan diesel bermula 1 Disember ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kaedah tersebut dilakukan sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.
Katanya, bermula tarikh itu juga subsidi bagi RON95 dan diesel akan dihapuskan.
“Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisma Harga Automatik (APM) sejak 1983 iaitu penetapan harga pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
“Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1121&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz3JgtTXfPe 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

1 comments

  1. Eh....geng PPEOC. Nombor otai... Selamat berkenalan dari nubis

    ReplyDelete

Followers