Tahukah anda nombor plat penyebab kemalangan di Malaysia?

Assalamualaikum & hello pengguna jalan raya dan abang kakak JPJ. Rata rata pengguna media sosial meluahkan rasa marah dan tidak ...




Assalamualaikum & hello pengguna jalan raya dan abang kakak JPJ.


Rata rata pengguna media sosial meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan JPJ yang mengadakan operasi lampu putih, cermin gelap dan nombor plate pendaftaran kereta.




Secara logiknya, mana mana kenderaan yang menggunakan lampu putih mungkin boleh menyebabkan kemalangan sebab lampu silau kepada pengguna lain. Tapi logik kah bila nombor plat kereta atau motor anda menjadi punca kemalangan? Oh mungkin juga ada segelintir pengguna yang pernah kemalangan sebelum ini disebabkan terlalu kusyuk membaca nombor plat kenderaan di atas jalan? Atau pemandu kereta/motorsikal sibuk menyalin nombor plat kenderaan lain untuk beli nombor ekor?

Kita sendiri boleh berfikir logik atau tidak & yang agak mengejutkan aku, kereta yang guna plat asal (kilang) pun turut disaman oleh JPJ. Kalau macam itu, nombor plat yang mana diluluskan oleh JPJ jika nombor plat asal disaman? Hm....





Lagi informasi mengenai operasi JPJ ; LINK 1 & LINK 2


p/s- Katanya pihak JPJ akan menilai semula, bagus lah kalau macam tu. Kesian rakyat.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

2 comments

  1. Luculah JPJ ni..Makin bercelaruh pentadbiran..

    ReplyDelete
  2. @GJCLK Itulah, kita sebagai rakyat tak boleh nak buat apa.

    ReplyDelete

Followers