Terjemahan Al-Quran tanpa ayat asal, haram.

Gambar Hiasan GOPENG : Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan ayat asal diharamkan walaupun ia bagi tujuan berdakwah kepada gol...



Gambar Hiasan


GOPENG: Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan ayat asal diharamkan walaupun ia bagi tujuan berdakwah kepada golongan bukan Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata terjemahan tanpa disertakan ayat asal tidak semestinya tepat disebabkan penterjemahan perlu dilakukan mengikut kaedah bahasa Arab.

"Terjemahan al-Quran perlu mengikut kaedah bahasa Arab, mesti ada ilmu alat, ilmu mantik dan ilmu nahu. Semua ada peraturan tertentu. Kita tidak boleh terjemah tanpa ayat asal kerana ia akan tidak memberi makna dan pemahaman sebenar," katanya pemberita selepas menutup Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2014 anjuran Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  di sini, semalam.

Beliau mengulas tentang permintaan seorang pensyarah wanita yang berhasrat menterjemahkan al-Quran kepada bahasa lain tanpa ayat suci yang asal untuk tujuan pemahaman rakannya yang bukan Islam.

Katanya wanita tersebut telah pergi ke Kementerian Dalam Negeri untuk meminta kelulusan namun Majlis Fatwa mengatakan penterjemahan seperti itu tidak dibenarkan.

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers