TERKINI Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim!

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini semalam diberitahu, profil asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang diperoleh daripada baran...



PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini semalam diberitahu, profil asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang diperoleh daripada barangan yang diambil dari lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan merupakan milik Ketua Pembangkang itu.
Dalam hujah di hadapan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, Ketua Pendakwaan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, barangan tersebut seperti berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral dikenal pasti milik Anwar oleh pegawai polis yang menjaga lokap tersebut.
Menurut Shafee, pegawai forensik Superintendan Amidon Anan telah mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila mengambil barang-barang tersebut sebelum menghantarnya kepada ahli kimia melalui pegawai penyiasat.
“Apabila Anwar meninggalkan barang-barang itu di atas lantai di dinding lokap yang dibina separuh dinding di dalam sel, barangan itu diambil dan dibungkus ke dalam beg plastik oleh polis bagi dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan melakukan ujian DNA,” kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3I5aisrLK 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers