TERKINI mengenai siasatan tragedi MH17

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Malaysia akan bekerjasama dengan semua negara dalam siasatan nahas...



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Malaysia akan bekerjasama dengan semua negara dalam siasatan nahas udara MH17.
Beliau berkata, hubungan baik Malaysia dengan Belanda diyakini akan membolehkan Kuala Lumpur memainkan peranan lebih besar dalam siasatan nahas itu.
"Kesemua 43 mangsa tragedi rakyat Malaysia tersebut telah berjaya dikenal pasti dan kita berterima kasih atas bantuan yang diberikan Belanda.
"Pada masa ini, keutamaan diberikan kepada usaha memulihkan serpihan pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine supaya laporan akhir mengenai kejadian itu dapat dihasilkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz3IAny3b4j 

Osman

Share your thoughts here

Thank you for dropping by

0 comments

Followers